Skip to main content

Posts

Bersih ke??

BERSIH 3.0 Sebelum bersungguh-sungguh ingin menghapuskan korupsi pada pemerintah, rakyat harus menghapuskan korupsi pada diri mereka sendiri. Berapa ramaikah rakyat yang mengabaikan solat namun mengharapkan pemimpin yang soleh seperti Umar Abdul Aziz? Berapa ramaikah rakyat yang menipu dalam urusan perniagaan namun mengharapkan pemimpin yang jujur dalam harta negara ? Berapa ramaikah rakyat yang sangat kedekut dalam bersedekah namun mengharapkan mereka mendapat harta negara dengan saksama ?  Berapa ramaikah rakyat yang melanggar undang-undang keselamatan jalanraya namun mengharapkan mahkamah yang telus? Berapa ramaikah rakyat yang tidak peduli terhadap mesej kenabian lalu mengharapkan pemimpin yang memimpin dengan jalan kenabian ? Sebelum rakyat bising mereka ditipu oleh Kerajaan, semak dulu adakah rakyat sudah berlaku jujur dalam urusan mereka dengan kerajaan. Masih ada lagikah rakyat yang tipu ketika 'punch card' di tempat kerja. Masih ada lagikah rakyat...

Apa kena dengan 7 petala Cinta??

1. Dimulakan dengan watak Hero dan Heroin duduk berhadapan dalam majlis pertunangan. Lalu berkatalah si hero: "Assalamualaikum, cinta." Si heroin menjawab manja mata menggedik, "Waalaikumussalam, rindu." Bermulalah episod couple Islamik dalam sebuah pertunangan kerana lafaz ini diulang tanpa segan silu walau di hadapan orang lain pada scene seterusnya. Tak lupa, siap ada team datang zikir-zikir macam nasyid sebut nama Allah untuk majlis pertunangan ni. Guna nama Allah ya. Pertunangan tidak digalakkan untuk dihebahkan sebagaimana dijelaskan dalam video Ust.Don 30 Minit .  2. Perlu diketahui lakonan tidak menghalalkan apa yang haram. Scene seterusnya, Akhi Hamka nak berangkat ke Yaman. Watak Diana Amir (Hilma) dilihat pegang tangan, bersalam dan dikucup kepala oleh Akhi Hamka di hadapan semua orang . Di luar cerita mereka ini adik-beradik ke? Tidak rasanya. Depan budak-budak pondok yang berkopiah, berserban, bertudung dll. Well, semua merestui b...

Rahsia dalam Usaha Tabligh part 1

Istilah, 'Tashkeel' (yang biasa digunakan dalam Jamaah Tabligh), bermaksud menyeru orang ramai kaum Muslimin untuk memberi masa mereka, untuk keluar ke Jalan Allah bagi tujuan pengislahan diri dan membuat kerja dakwah dan tabligh dalam jangka masa tertentu, seperti 3 hari, 10 hari, 15 hari, 40 hari, 4 bulan, 7 bulan, 1 tahun dsbnya. Jangkamasa tersebut bukan satu kemestian tapi ianya hanya dianjurkan seperti mana seseorang yang mengikuti kursus kecemasan (first aid), misalnya, dianjurkan untuk mengikuti kursus praktikal selama sebulan. Walaupun tidak bermakna yang dia terus akan jadi doktor pakar, sekurang-kurangnya dia tahu apa yang perlu dia lakukan semasa kecemasan. Begitu juga, seseorang yang keluar ke Jalan Allah selama 3 hari, atau 40 hari, atau 4 bulan dsbnya, bukan bermakna dia telah menjadi seorang yang ahli atau pakar dalam Shari’ah, tapi sekurang-kurangnya dia tahu apa kehendak-kehendak asas dalam Shari’ah. Lebih lama masa yang dia berikan untuk keluar ke Jalan A...

Tips Belajar Dalam Keberkatan

Mungkin jarang antara kita yang tidak tahu tips-tips belajar daripada 'salafus soleh' terdahulu. Semua tahu bukan apa itu berkat? Sesuatu yang tidak boleh dilihat, tetapi dengan berkat itu, kita boleh berasa tenang dan bahagia sentiasa walaupun separuh dunia berada di bahu kita.   ............................................. 1) Sebelum belajar Perlu ada niat bahawa aku belajar ini kerana Allah S.W.T. Setiap kali mahu keluar bilik untuk pergi kuliah, sentiasa ingatkan diri, aku menuntut ilmu ni kerana Allah S.W.T. Banyak kelebihan bagi orang yang menuntut ilmu. Jangan rasa tertekan jika kelas bermula seawal jam lapan pagi dan habisnya pula dalam pukul lima petang. Tetapi fikir bahawa sepanjang proses menuntut ilmu ini, Malaikat akan sentiasa mendoakan kita. Jadi, kita tidak akan rasa terlalu tertekan jika kelas itu tersangatlah lama.   2) Disiplinkan diri.   Setiap kali mahu study, mesti baca satu muka surat al-Quran sebelum bermula waktu study i...

Ada apa Solat berjemaah Di Masjid/Surau?

Korang kaum lelaki telah tanya kepada aku seperti tajuk diatas, jadi aku tak mahu jawab panjang-panjang takut kering air liur aku..jadi terpost lah disini..selamat membaca dan ambil manfaat.                                                               .............................. Fadhilat Solat Berjemaah عَنِ ابْنِ عُمَرَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: صَلَاةُ الْجَمَاعَةِ أَفْضَلُ مِنْ صَلَاةِ الْفَذِّ بِسَبْعٍ وَعِشْرِينَ دَرَجَةً. رَوَاهُ الْبُخَارِيُّ وَمُسْلِمٌ. Daripada Ibnu Umar r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sembahyang berjemaah itu lebih afdhal daripada sembahyang bersendirian dengan dua puluh tujuh kali ganda". Riwaya...

Isu amalan orang lain..

Sebagai manusia yang beriman kepada Tuhan yang Maha Satu, dan Nabi Muhammad s.a.w adalah Utusan Tuhan yang Terakhir.. Maka kita semua pasti yakin terhadap pahala, dosa, syurga dan neraka. Kita semua juga tahu bahawa kelak pasti kita akan meninggalkan dunia ini, dan yang kita bawa ke alam selepas mati hanyalah amalan kita di bumi samada yang baik mahupun yang buruk. Tetapi pernahkah kita risau terhadap diri kita sendiri, kerana zaman sekarang ini terlalu ramai daripada kalangan masyarakat yang terlalu sibuk menyemak, memuhasabah dan menilai amalan orang lain berbanding diri sendiri, bukankah kita sendiri akan tinggalkan juga dunia ini seperti yang lain?.. Ada juga yang suka mencari keaiban saudara seislamnya dengan beralasankan agama iaitu mencegah kemungkaran kata mereka, ada juga yang menjadikan agama sebagai alat untuk menilai dan mengukur diri orang lain.Sebenarnya agama mengajar kita untuk mencegah kemungkaran dengan hikmah, dan ada cara-caranya bukan main hentam sembarangan. ...

Apa pendapat ustaz mengenai Jemaah Tabligh?

Pendapat daripada Maulana Mohd Asri Kelantan Pendapat daripada Ustaz Zulkifli Ahmad Pendapat daripada Syeikh Nuruddin Al-Banjari Part1 Part 2 Pendapat Ustaz Azhar Idrus Yang Terbaru 2011 soalan ke 4, minit 5.34. Terbaru daripada Beliau