Skip to main content

Politik itu Jijik?

Seorang ahli jawatankuasa kampung pernah bertanya kepada aku, " Dik, pakcik tengok adik ni bagus, datang solat berjemaah, selalu nampak kat masjid. Adik dah daftar mengundi ke belum ni?..Bukan apa, ada ustaz cakap hukumnya Wajib tau.."


Gambar kutip dan hanya untuk 'pemanis mata'.



Persoalan akan timbul bila anda baca tajuk diatas, ianya amat menggerunkan dan mungkin anda akan mula menyangka saya anti-politik. Tetapi awas, kerana saya meletakkan tanda soal disitu.. peace no war

Salam sejahtera buat semua pembaca yang masih sudi singgah kesini,

Sebut mengenai politik, anda akan berfikir dengan cara masing-masing, ada yang inginkan kemajuan, ada yang inginkan Hudud, dan ada juga yang inginkan keadilan ..

Tapi tahukah anda, kita sebagai orang yang beriman, apakah ciri politik yang ada pada zaman Nabi s.a.w, apakah langkah pertama yang Nabi telah laksanakan?

Adakah politik Nabi mementingkan KUASA?

Adakah politik Nabi mementingkan kesenangan dan kemewahan?

Adakah politik Nabi bertujuan menjatuhkan pihak lawan?

Sila tanya diri anda sendiri...

Fikiran masyarakat Malaysia umumnya telah diracuni, iaitu orang islam yang hidupnya sederhana dan tiada pengaruh dan pangkat maka dia adalah orang yang GAGAL...itulah kefahaman sesat yang kita telah perolehi dari pendidikan yang direka oleh BARAT .

Bagi mereka, kejayaan seseorang terletak pada pangkat,harta dan kuasa..

Yang sedihnya, orang-orang agama pun berfikiran sebegitu,

Mereka kata dengan kuasa kita boleh buat apa sahaja, kita boleh hancurkan pusat maksiat, kita boleh tutup pusat-pusat hiburan, kita hentikan konsert...

Wahai sahabat, Nabi tidak pernah menghancurkan berhala-berhala disekitar Ka'bah tetapi orang-orang musyrik itu sendiri telah memusnahkannya dengan tangan mereka sendiri berkat dari Dakwah Baginda s.a.w.

Cuba kita lihat kembali apa yang Baginda s.a.w tunjukkan kepada kita, seandainya Baginda mahukan kuasa, harta dan pangkat, kenapa baginda tidak meneriman tawaran dari Ahli Politik Quraisy, mereka tawarkan Nabi untuk menjadi Perdana Menteri mereka, mereka tawarkan Nabi harta yang banyak, wanita-wanita yang cantik jelita, tetapi baginda tolak semua itu. Tetapi hari ini, sebahagian Ummat Muhammad s.a.w telah bermati-matian untuk mendapatkannya..

Oleh sebab itu, tidak hairanlah masih ramai rakyat Malaysia yang tidak menyertai mana-mana parti, mereka amat takut untuk mendekati politik, kerana bagi mereka peluang untuk khianat dan dusta sangat luas, seperti seorang yang berjalan di atas tali yang halus. .

Apa yang Nabi s.a.w dan para sahabat r.anhum buat kita tidak buat, tetapi bila bab Kebangkitan Empayar Islam bukan main lagi cakap berapi-api, korang ingat nak bangunkan Empayar ni senang macam makan kacang ke?.

Agama Islam dah sempurna, tak perlu ditokok tambah, kalau kita ingin berjaya seperti dahulu, maka kita haruslah mengikut langkah orang-orang dahulu.

Semuanya bermula dari rakyat, seandainya semua masyarakat Malaysia adalah orang yang beriman dan bertaqwa, maka tidak mustahil pemimpin akan diangkat dari golongan yang paling bertakwa.

Usaha harus bermula dari dalam rumah, kalau memimpin isteri dan anak-anak pun tidak mampu, bagaimana ingin memimpin masyarakat kan?.

Masyarakat akan jadi baik dengan hanya mengikut cara yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad s.a.w, lihat bagaimana kaum yang dahulunya jahat, zalim dan tak bertamadun, berubah menjadi kaum yang terbaik pada zaman tersebut.

Tapi hari ni kita nak ikut akal, cara Nabi tak sesuailah. Kalau begini tanggapan kita, sampai bila-bila pun masyarakat tidak akan berubah, malahan mereka semakin jauh dari Islam, hiburan, penindasan dan maksiat semakin berleluasa.

Itulah yang telah berlaku, dan akan terus berlaku sekiranya tiada usaha yang dibuat,

Ingat, usaha cara Nabi sahaja yang akan membawa kejayaan,

Kerana Nabi s.a.w telah bersabda yang mafhumnya : "Aku tinggalkan kepada ummatku dua perkara, seandainya mereka berpegang pada dua perkara tersebut nescaya mereka tidak akan sesat, iaitu Al-Quran dan Sunnahku".

Maafkan saya kalau ada terkasar bahasa ye,

p/s : jangan maraah, nanti kena jual... :-)

Comments

Wafi said…
oh politik... berpolitiklah bagaimana nabi SAW berpolitik.. jangan diikutkan nafsu serakah...
Fawwaz said…
Bila ikut nafsu dan amarah, maka bertepuk tanganlah iblis kerana berjaya merosakkan hubungan antara anak adam. Sayangilah semua makhluk, kerana Baginda s.a.w sayang semua, termasuk orang2 kafir dan fasik. Bencilah budaya dan amalan mereka bukannya diri mereka, jika tidak mereka akan mula bencikan Islam. Doakan untuk mereka semoga diberikan hidayah dari Allah Yang Maha Pemurah.
Unknown said…
p/s:jemput share pandangan tuan berkaitan artikel terbaru...di blog sy..
Alfarisi said…
saya tak sentuh benda jijik..
fuad ansari said…
Terkadang2 agak malu melihat pemimpin berbicara soal agama tapi dalam masa yg sama tidak menunjukkan contoh agama yg baik..

p/s:
Mungkin atas salah silap dan dosa2 kita jugak sehingga Allah swt meletakkan orang-orang yg jahil tentang agama sebagai pemimpin..

Ya Allah selamatkan kami dari fitnah, keburukan dan tipu daya dunia...
Anonymous said…
Islam adalah agama y bersanad.yakni agamanya diturunkan dari generasi ke generasi.ilmunya diturunkan dari ulama ke seorg ulama.maka utk mengetahui Islam maka perlulah dari rujukan para ulama.terutama ulama y muktabar dalm ASWJ spt Imam As syafie,Imam Hambali,Imam,Hanafi dan Imam Maliki.jgnlah mentafsirkan al quran dan hadis tanpa merujuk kpd mereka y berkelayakan.
Anonymous said…
Tentunya sebagai agama yang mencakup semua aspek kehidupan, islam tidaklah melupakan atau meninggalkan permasalahan politik, yang dikenal dengan istilah “siyasah”.

Menurut etimologi, siyasah (politik) memiliki makna yang berkaitan dengan negara dan kekuasaan. Disebutkan bahwa ia adalah upaya memperbaiki rakyat dengan mengarahkan mereka kepada jalan selamat di kehidupan dunia maupun akherat serta mengatur urusan-urusan mereka. Al Bujairumiy mengatakan bahwa politik adalah memperbaiki urusan-urusan rakyat dan mengatur perkara-perkara mereka.

Syeikh Yusuf al Qaradhawi mengatakan bahwa islam bukanlah semata mata aqidah teologis atau syiar-syiar peribadatan, ia bukan semata-mata agama yang mengatur hubungan antara manusia dengan Tuhannya, yang tidak bersangkut paut dengan pengaturan hidup dan pengarahan tata kemasyarakatan dan negara.

Tidak, tidak demikian…islam adalah akidah dan ibadah, akhlak dan syariat yang lengkap. Dengan kata lain, islam merupakan tatanan yang sempurna bagi kehidupan individu, urusan keluarga, tata kemasyarakatan, prinsip pemerintahan dan hubungan internasional.

Bahkan bagian ibadah dalam fiqih itu pun tidak lepas dari politik… Islam memiliki kaidah-kaidah, hukum-hukum dan pengarahan-pengarahan dalam politik pendidikan, politik informasi, politik perundang-undangan, politik hukum, politik kehartabendaan, politik perdamaian, politik peperangan dan segala sesuatu yang berpengaruh terhadap kehidupan. Maka tidak bisa diterima kalau islam dianggap nihil dan pasif bahkan menjadi pelayan bagi filsafat atau ideologi lain. Islam tidak mau kecuali menjadi tuan, panglima, komandan, diikuti dan dilayani. (Fatwa-fatwa Kontemporer jlid 2 hal 897 – 898)

Ibnul Qoyyim juga mengatakan bahwa sesungguhnya politik yang adil tidak bertentangan dengan syara’ bahkan sesuai dengan ajarannya dan merupakan bagian darinya. Dalam hal ini kami menyebutnya dengan politik (siyasah) karena mengikuti istilah mereka. Padahal, sebenarnya dia adalah keadilan Allah dan Rasul-Nya. (at Thuruq al Hukmiyah hal 17 – 19)

Oleh karena itu didalam berpolitik pun seorang politician mahupun pemimpin islam diharuskan berpegang dengan rambu-rambu syariah dan akhlak mulia. Dengan kata lain bahwa segala cara berpolitik yang bertentangan dengan syariah atau melanggar norma-norma agama dan akhlak islam maka ia dilarang.
Anonymous said…
salam tuan blog,

lucunya membaca artikel tuan yang tidak matang(mentah) dan tidak berpijak di bumi nyata.

boleh share pandangan tuan di link:

http://urusanulama-hl.blogspot.com/2011/12/tabligh-satu-penilian-semula.html

Popular posts from this blog

Apa kena dengan 7 petala Cinta??

1. Dimulakan dengan watak Hero dan Heroin duduk berhadapan dalam majlis pertunangan. Lalu berkatalah si hero: "Assalamualaikum, cinta." Si heroin menjawab manja mata menggedik, "Waalaikumussalam, rindu." Bermulalah episod couple Islamik dalam sebuah pertunangan kerana lafaz ini diulang tanpa segan silu walau di hadapan orang lain pada scene seterusnya. Tak lupa, siap ada team datang zikir-zikir macam nasyid sebut nama Allah untuk majlis pertunangan ni. Guna nama Allah ya. Pertunangan tidak digalakkan untuk dihebahkan sebagaimana dijelaskan dalam video Ust.Don 30 Minit .  2. Perlu diketahui lakonan tidak menghalalkan apa yang haram. Scene seterusnya, Akhi Hamka nak berangkat ke Yaman. Watak Diana Amir (Hilma) dilihat pegang tangan, bersalam dan dikucup kepala oleh Akhi Hamka di hadapan semua orang . Di luar cerita mereka ini adik-beradik ke? Tidak rasanya. Depan budak-budak pondok yang berkopiah, berserban, bertudung dll. Well, semua merestui b

Misteri Jemaah Tabligh (part 1)

ImeJ Mereka Ketika masyarakat dunia sedang sibuk dengan akviti harian, tiba-tiba mereka digemparkan dengan sekelompok manusia yang kelihatan pelik dan asing, lelaki-lelaki mereka berpakaian jubah atau kurta, berserban dan berjanggut, manakala wanita-wanita mereka berpurdah dan berjubah labuh berwarna hitam. Mereka berjalan dengan bebasnya ditengah-tengah kesibukan Bandar Termaju di Asia Tenggara, Kuala Lumpur. Dari manakah mereka ini muncul? Dan apa mereka mahu?. Pemandangan seperti ini kerap kali kelihatan di kawasan Masjid Jamek Bandar Baru Seri Petaling Kuala Lumpur, Markaz Dakwah Malaysia. Mereka seolah-olah tidak menghiraukan suasana kota yang berbau maksiat dan jenayah itu, mereka berjalan dengan menundukkan pandangan mengelak daripada melihat kaum wanita yang berpakaian menggoda nafsu mereka.Penampilan mereka menyebabkan sesiapa yang melihat pasti akan gerun dan takut untuk didekati. Mereka hanyalah manusia biasa, bukan Malaikat, bukan juga Wali, tetapi mereka cintakan su

Kenduri Kahwin Cara Islam

  Di zaman moden ini, masih ada segelintir masyarakat yang manjalankan majlis perkahwinan dengan terlalu ringkas, hanya cukup syarat dan rukun sahaja, berlainan dengan masyarakat yang mengikut arus perdana, menghabiskan banyak wang untuk kenduri kendara,dengan khemah dan peralatan yang mewah, karaoke, D.J jemputan, joget lambak, pertunjukkan silat dan macam-macam lagi, maklumlah sekali seumur hidup katanya. Manakala golongan yang tidak mengikuti gaya hidup semasa pula sering menjadi topik perbualan yang amat panas, lebih panas dari gosip dunia hiburan, maka masyarakat yang tidak faham mulalah membuat andaian dan tekaan, " Oh, mereka ini terlalu extrem lah".."Alahai, bab kahwin pun nak berkira ke, cerewet betul la, bukannya haram pun"..dan macam-macam lagi. Oleh yang demikian, disini ingin saya jelaskan kepada pembaca yang mungkin masih belum faham apa tuntutan Agama kita dalam bab perkahwinan ini. Anas bin Malik dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari