Skip to main content

Sajak Orang Dakwah a.k.a Tabligh



Siapapun "orang-orang Tabligh" ini,

Terimalah golongan ini dengan keterbukaan sebagai Mujahid yang tidak pernah meminta GAJI dan PUJI.

Jihad kita,jihad mereka,arah tuju kita sama cuma cara yang membezakannya.

Di Sisi Allah,kita tetap Hamba-Nya.

Jangan angkuh,jangan sombong, 

Hanya kerana tidak dapat menerima cara mereka.

Ambil kebaikan darinya.

InsyaAllah,segalanya dalam ketentuan Allah.

Jangan menghukum sesuatu golongan itu hanya kerana kesungguhan mereka....

Dimana tempat kita?, Mungkin jauh lebih hina dari apa yang kita pandang hina.

Mereka bersusah payah,lelah dan bermujahadah,

Tidak sedikitpun mendatangkan kerugian kepada sesiapa pun yang memandang hina dan jijik terhadap mereka.

Apa salahnya menerima mereka sebagaimana hari ini Yahudi pun diterima caranya dalam kehidupan seharian kita.

Sungguh,sedih apabila golongan yg 'sedikit' ini sering dipanggil dengan gelaran 'pelarian'.

Mampukah kita bermujahadah seperti mereka? sanggupkah kita menerima 'tamparan' hebat dalam kehidupan seharian kita seperti mereka?

Jangan mendabik dada menuduh golongan ini tersasar dari landasan Sunnah.Pegangan mereka Al Quran,Hadith dan Sunnah.

Jangan mencebik,mengatakan mereka 'gila' tetapi itu sudah Janji-Nya,mencintai Allah dan Rasul-Nya..ujian akan datang seperti air sungai yang mengalir..tidak akan putus!

Setiap kita mengharapkan keredhaan Allah...

Jadi biarkan mereka dengan jihad Fisabillah..

adakah itu pun susah?????

Orang Tabligh..

selalu budak-budak panggil kambing..

sentiasa tersenyum walaupun bibirnya tak sumbing..

Ikram muslimin itu yg penting

sekalipun caci hina bagai tusukan si lembing...

mereka tabah dan rela terus membimbing.

Dari lorong ke pintu-pintu..

menebal muka menepis malu

demi kerja Nabi yg dipandang bagai debu..

InsyaAllah....di dunia terpisah..

Akhirat tetap bersatu.

seawal 500athun si isteri menunggu..

ketibaan pewiranya yang dirindu

muncul depan pintu..

Syurga Allah yang satu..

Aduh..tidakkah kita cemburu??

Hinalah..

cacilah..

kutuklah..

mereka tak tak pernah marah..

tetapi itulah penyemarak obor dakwah..

Jaminan di masyar..

bersama-sama Rasulullah.

InsyaAllah..

InsyaAllah...

Di dunia kaki berjalan tidak nampak berdarah..

sekalipun seluruh tubuh disimbah nanah..

dicucuk anak-anak panah..

semangat mereka tak akan lemah.

Kerana Iman Yakin pd kalimah..

dan janji-janji Allah....

Hidup mereka penuh mujahadah

dipuji tidak pernah megah

dihina tidak akan goyah.

Comments

Norsha said…
err...ada juga org panggil tabligh ni, terbalik atau takbalik, mcm2,
takpe2...cari redha Allah, bukan redha manusia

Popular posts from this blog

Apa kena dengan 7 petala Cinta??

1. Dimulakan dengan watak Hero dan Heroin duduk berhadapan dalam majlis pertunangan. Lalu berkatalah si hero: "Assalamualaikum, cinta." Si heroin menjawab manja mata menggedik, "Waalaikumussalam, rindu." Bermulalah episod couple Islamik dalam sebuah pertunangan kerana lafaz ini diulang tanpa segan silu walau di hadapan orang lain pada scene seterusnya. Tak lupa, siap ada team datang zikir-zikir macam nasyid sebut nama Allah untuk majlis pertunangan ni. Guna nama Allah ya. Pertunangan tidak digalakkan untuk dihebahkan sebagaimana dijelaskan dalam video Ust.Don 30 Minit .  2. Perlu diketahui lakonan tidak menghalalkan apa yang haram. Scene seterusnya, Akhi Hamka nak berangkat ke Yaman. Watak Diana Amir (Hilma) dilihat pegang tangan, bersalam dan dikucup kepala oleh Akhi Hamka di hadapan semua orang . Di luar cerita mereka ini adik-beradik ke? Tidak rasanya. Depan budak-budak pondok yang berkopiah, berserban, bertudung dll. Well, semua merestui b

Misteri Jemaah Tabligh (part 1)

ImeJ Mereka Ketika masyarakat dunia sedang sibuk dengan akviti harian, tiba-tiba mereka digemparkan dengan sekelompok manusia yang kelihatan pelik dan asing, lelaki-lelaki mereka berpakaian jubah atau kurta, berserban dan berjanggut, manakala wanita-wanita mereka berpurdah dan berjubah labuh berwarna hitam. Mereka berjalan dengan bebasnya ditengah-tengah kesibukan Bandar Termaju di Asia Tenggara, Kuala Lumpur. Dari manakah mereka ini muncul? Dan apa mereka mahu?. Pemandangan seperti ini kerap kali kelihatan di kawasan Masjid Jamek Bandar Baru Seri Petaling Kuala Lumpur, Markaz Dakwah Malaysia. Mereka seolah-olah tidak menghiraukan suasana kota yang berbau maksiat dan jenayah itu, mereka berjalan dengan menundukkan pandangan mengelak daripada melihat kaum wanita yang berpakaian menggoda nafsu mereka.Penampilan mereka menyebabkan sesiapa yang melihat pasti akan gerun dan takut untuk didekati. Mereka hanyalah manusia biasa, bukan Malaikat, bukan juga Wali, tetapi mereka cintakan su

Kenduri Kahwin Cara Islam

  Di zaman moden ini, masih ada segelintir masyarakat yang manjalankan majlis perkahwinan dengan terlalu ringkas, hanya cukup syarat dan rukun sahaja, berlainan dengan masyarakat yang mengikut arus perdana, menghabiskan banyak wang untuk kenduri kendara,dengan khemah dan peralatan yang mewah, karaoke, D.J jemputan, joget lambak, pertunjukkan silat dan macam-macam lagi, maklumlah sekali seumur hidup katanya. Manakala golongan yang tidak mengikuti gaya hidup semasa pula sering menjadi topik perbualan yang amat panas, lebih panas dari gosip dunia hiburan, maka masyarakat yang tidak faham mulalah membuat andaian dan tekaan, " Oh, mereka ini terlalu extrem lah".."Alahai, bab kahwin pun nak berkira ke, cerewet betul la, bukannya haram pun"..dan macam-macam lagi. Oleh yang demikian, disini ingin saya jelaskan kepada pembaca yang mungkin masih belum faham apa tuntutan Agama kita dalam bab perkahwinan ini. Anas bin Malik dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari