Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud, “ Sesiapa yang dikurniakan sifat lemah lembut nescaya ia akan memperoleh kebaikan dalam semua keadaan.” (riwayat muslim)
Kita adalah manusia, kita ada mulut, lidah dan kotak suara yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t sebagai perantaraan untuk kita bercakap. Sebagai seorang beriman,kita harus percaya bahawa Allah s.w..t telah mencipta Malaikat yang mencatit segala perbuatan kita setiap hari hingga kita MATI, ia juga mencatit segala patah perkataan yang kita sebut dan ucap pada setiap saat dan detik.
......
Aku nak pesan diri aku,
Wahai Manusia, jadilah kamu insan yang berkasih-sayang sesama manusia, yang pandai menghormati orang yang lebih tua, yang mengasihi orang yang lebih muda.
Ingatlah suatu hari kamu akan mati, mayatmu akan dimandikan ,dikafankan dan disembahyangkan, kamu tidak mampu berbuat apa-apa, hanya diam kaku disitu,hinggalah kamu disimpan di dalam tanah, bertemankan keranda dan kain kafan..
Oh insaf aku seketika, terkedu bila teringatkan kematian...
.....
Kita hidup bersama dengan manusia, sebenarnya itu menyukarkan kita, kerana jikalau kita hidup dikelilingi haiwan dan tumbuhan sahaja, maka agak sukar untuk kita mencipta dosa mulut, dosa mata dan dosa hati...Aduhai.
Tapi kesyukuran perlu kita panjatkan juga, bagaimana mahu hidup bersama makhluk yang bukan manusia, pasti kita akan sunyi dan tiada teman untuk bersama.
Sebenarnya post kali ini aku nak sebut mengenai "Belajar Untuk Bercakap", sebenarnya post ini juga untuk diri aku yang sebenarnya sedang belajar untuk bercakap.
Aku mula faham bagaimana mulut memainkan peranan yang amat besar dalam kehidupan, kerana mulutlah hancur rumah tangga orang, benci bertukar sayang, hina jadi mulia, baik jadi buruk.
Kadang-kadang kita tidak perasan tentang diri kita sendiri, macam mana suara kita ketika bercakap dengan orang?. Nada terlalu tegas dan garang (bekeng) ke?. Terlalu lembut dan romantik ke?. Atau terlalu bolok (kelam-kabut)?.
Tahu tak?, bercakap itu bukanlah suatu perkara yang mudah. Ianya memerlukan banyak anggota ketika anda bercakap,
1.Mata, mata perlu bertentang mata(eye contact), orang tua selalu cakap, kalau bercakap tak bertentang mata itu tandanya tidak ikhlas atau menyembunyikan sesuatu.
2.Nada, nada perlulah lembut dan tidak beremosi, maklumlah manusia ni tidak suka mendengar percakapan yang terlalu garang dan tegas, orang akan jadi meluat, masuk telinga kanan keluar telinga kiri.
3. Akal fikiran, ini yang paling penting, sebab kita bercakap pun bergantung pada akal, kalau tak guna akal, maka merapulah jadinya, bercakap ikut suka dan tak hirau perasaan orang lain yang tersinggung. Jadi berfikirlah dahulu sebelum mula berbicara.
Susahkan kalau nak bercakap ni?, lebih baik diam dari bercakap perkara yang tidak bermanfaat dan boleh menyebabkan kita terjerumus ke Neraka..Nauzubillahi Min Zalik..
Aku pun berazam untuk lebih berhati-hati ketika bercakap, sedang belajar untuk bercakap dengan suara yang penuh kasih-sayang, waah...
Next post- Belajarlah Untuk Mendengar..coming soon
Wallahu A'lam..
Comments